Seri Kota, Bandar Tun Razak menjadi hangat beberapa hari ini. Pengerusi Persatuan Penduduk telah membubarkan Biro Wanita kerana kecewa dengan tindakan Biro yang telah banyak menganjurkan aktiviti secara sendiri. Yang anihnya pembuburan Biro telah dilakukan ketika Ketuanya berada di Luar negeri mengerjakan umrah di Tanah Suci. Adakah pembuburan itu sah dari segi prosedur mesyuarat tanpa mendapat feeback/maklumbalas dari Ketuanya?
Apakah tindakan ahli-ahli Biro Wanita seterusnya? Mungkinkah mereka akan menubuhkan NGO baru khas untuk memperjuangkan hak wanita di Seri Kota?
Biro Wanita telah banyak menjalankan aktiviti masyarakat yang berkisar kepada isu kebajikan, keagamaan dan kesihatan. Mereka berjaya mendapatkan bantuan kewangan untuk aktiviti2 tersebut dari dermawan2 yang menyokong aktiviti2 bagi membangunkan mental dan intellectual wanita.
Apakah pihak DBKL akan membiarkan penduduk Seri Kota berpecah sehingga menjejaskan ketenteraman warga setempat?
No comments:
Post a Comment