Thursday, February 10, 2011

Demonstrasi di Egypt

Demonstrasi di Mesir telah berlaku sejak Jan25 di Medan Tahrir, Kaherah. Sebelum kejadian di Tahrir, huruhara juga berlaku di Iskandariah di mana terjadi pergaduhan antara rakyat berugama Kristian dan Islam.

Anak aku akan pulang malam ini dari Jeddah. Dia adalah antara ribuan pelajar yang mengaji di Mesir yang telah dibawa pulang oleh Kerajaan Pusat. Walaupun masih ramai lagi pelajar Malaysia di Mesir terutama di Iskandariah yang belum pulang, Kerajaan telah membawa mereka pulang dalam keadaan terpaksa. Implikasinya tentu banyak sekali. Keselamatan pelajar di Mesir memang dibimbangi oleh ibubapa tetapi Kerajaan hanya bertindak setelah ibubapa menghantar komplen melalui twitter, e-mail dan telefon. Aku masih ingat waktu itu persiapan pilihanraya Tenang di Johor, sedang rancak. Jika keputusan di Tenang tidak memihak kepada BN tentu permindahan pelajar lebih kecoh. Ini pun lebih 2 ribu pelajar masih ada di Mesir. Ada juga pihak yang komen bahawa Kerajaan Pusat pilih kasih dalam membawa pulang pelajar-pelajar.

Aku akan tahu perkara yang sebenar selepas berjumpa anak nanti. Adakah pelajar di Mesir boleh diselamatkan dengan cara yang lebih efisen dan sistematik tanpa mengganggu pelajaran mereka. Ada pihak berpendapat pelajar Malaysia boleh di tempat dibeberapa tempat khas di Mesir sehingga keadaan lebih tenang. Ada bandar yang tidak terjejas dengan tunjuk perasaan yang berlaku di Tahrir, Kaherah. Mungkin perbelanjaan negara lebih ekonomik jika Kerajaan menggunakan pendekatan lain.
Rakyat pasti akan meminta penjelasan terperinci tentang kos permindahan dan tentang alternatif yang ada selain yang telah diputuskan. Kertas Putih mengenai Operasi Pirimid ini perlu dibentangkan kepada rakyat untuk ulasan dan sebagai panduan di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment